Thursday, November 27, 2008

Haiqal N Ammar Riding Bicycle




Mula2 Haiqal naik sesorang..pastu discuss ngan ammar nak naik 2 org...Jom jejalan..hikhik...sebenarnya tu gerek Ammar daa..Haiqal lak yang konker...







Tuesday, November 18, 2008

Ingat Mengingati Sesama Insan...

Tanda 100 hari sebelum hari mati.Kajian dari Orang-orang soleh:Tanda 100 hari sebelum hari mati.Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.Tanda 40 hari sebelum hari matiTanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.Tanda 7 hariAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.Tanda 3 hariPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.Tanda 1 hariAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Travel bag 4 baby...







My pren Ayu..suggest beli beg ni..RM59.90..Comel tak???Heheeh..OK gak kan...Katanya tahan simpan susu panas...Beg haiqal dulupun dah koyak..maklumla..beli yang koman...koman ni..org utara kata..beli yang tak berkualiti la..hikhik..Sesapa nak...leh hubungi Ayu di talian..014-tekan2 takdapat...sebenaqnya..boring bangatni...mula la aku mereben..

Sudah lama menyepi...

Dahlama tak update blog...ntahla...pendek kata MALAS...Macam2 jadi kebelakanganni...Haiqal sakit mulutla...My Hubby patah tgnla...sibuk ulang alik kuantan berubat ngan bomoh patah..ulang alik spital jumpa doc..Tuptup semarin...jumpa pakar..takda pilihan lagi...tgk x-ray...tulangtu tak masuk...So doc suggest masuk besi juga...bincang punya bincang...at last my hubby decide nak operate gak..Isnin depan 24 Nov admit wad..selasa operate ...

Aku pula...Alhamdulillah harini check-up...semua ok..my babypun ok..nextweek..cukup 6 bulan...Dan taklama lagi Haiqal nak dapat adik...tgk gelagat haiqal..InsyaAllah dia leh faham kot...walau diapun still manja...Lani bila suruh itu ini...dah boleh membantu...tlg ambil beg..tlg ambil air...tlg ambil remote..tlg ambil pampers..tlg semakkan umah..tlg tumpahkan air...tolong sepahkan mainan..tolong selerakkan baju...pendek kata semua boleh....
dia pun takbyk hal kalau body sihat walafiat.....ajak mandi..cepat2 gi toilet..ajak tido..ikut masuk bilik...yang penting pastikan perut dia kenyang n badan dia segar je...Moga adikpun takbyk hal nanti...Amiiinnnn...